Imbau
Kembali : Sejarah Reaktor Nuklear Chernobyl....
Di atas adalah imej Reaktor Nuklear
Chernobyl yang telah musnah.
Nun kelihatan jauh berada di tengah
gambar di atas juga loji nuklear Chernobyl di Ukraine (Bangunan beserombong
asap). Gambar itu di ambil dari satu kawasan yang dipanggil Pripyat. Seramai
50,000 orang telah dipindahkan dari bandar ini setelah kebakaran loji nuklear
yang berlaku pada 26 tahun dahulu. Bandar Pripyat ini di tinggalkan kerana
kesan nuklear masih berlegar dipersekitaran. Namun mengikut rekod perpindahan
keseluruhan penduduk di sekitar Chernobyl adalah seramai 200,000 orang.
Chernobyl adalah antara projek
nuklear terawal negara Rusia. Ia meletup pada tahun 1986 yang mengorbankan
banyak nyawa dan meninggalkan keturunan yang cacat akibat penularan radiasi
yang meluas.
Stesen Tenaga Nuklear itu mempunyai
empat reaktor, masing-masing mampu menghasilkan satu gigawatt kuasa. Pada waktu
kemalangan, empat reaktor mereka berjaya menghasilkan sekitar cuma 10 peratus
daripada kuasa elektrik yang digunakan untuk negara Ukraine.
Pembangunan Stesen Nuklear itu bermula pada tahun 1970-an.
Reaktor yang pertama dari 4 reaktor itu mula bertugas pada tahun 1977, dan
Reaktor No 4 mula menghasilkan kuasa pada tahun 1983. Ketika kemalangan itu
berlaku pada tahun 1986, dua reaktor nuklear yang lain sedang dalam proses
pembangunan.
Hanya selepas 3 hari kebakaran berlaku di Loji Nuklear Chernobyl, pihak Soviet akhirnya mengakui bahawa berlakunya malapetaka di loji tersebut, dan ketika itu, mereka sudah terlambat untuk mengosongkan daerah yang berhampiran reaktor itu. Tindakan lewat ini adalah kerana mereka mahu menutup berita dari pengetahuan orang ramai.
Itu pun kerana pada April 28, 1986 , pekerja loji nuklear di Sweden telah mengesan terdapatnya radiasi di pakaian mereka melalui keadah scan. Namun setelah di periksa, ia bukan datang dari reaktor nuklear di Sweden. Penemuan itu di buat melalui satelit yang berupaya mengesan zon merah yang menjadi punca dan mengenal pasti bahawa radiasi yang dikesan adalah dari Reaktor Nuklear Chernobyl yang jaraknya adalah 600 batu dari situ.

Akibat dari kebakaran itu, Banyak
kematian yang melibatkan petugas pemadam kebakaran dan kakitangan yang berada
di Chernobyl, juga di kalangan penyelam yang menyelam ke dasar kolam
terletaknya injap yang kritikal yang mengakibatkan kebakaran tersebut. Terdapat
juga Juruterbang helikopter yang kemudiannya jatuh sakit setelah mengangkut air
dan simen bagi meredakan kebakaran di tempat celaka itu.
Ribuan anak-anak yang tinggal berdekatan bandar tersebut turut mengembangkan penyakit tiroid. Radiasi yang jatuh dibandar tersebut perlu memakan masa 300 tahun untuk menghilang. Begitu lah hebatnya kesan nuklear pada manusia. Hanya sekadar pengetahuan betapa kemodenan tidak menjamin keselamatan. Semakin maju, manusia semakin tamak dan akhirnya menimbulkan kemudaratan.

Musnahnya dunia itu kerana manusia.
Ingat itu !